Perkembangan Logik di India dan Pengaruhnya kepada Alam Melayu

Makalah ini bakal membincangkan perkembangan bidang pengetahuan yang digelar epistemologi dan logik di India, bukan sepertimana biasa membincangkannya di Greek, seolah-olah seluruh hal berkaitan bidang ini datangnya dari Greek. Sarjana-sarjana Barat baru sahaja mengiktiraf kewujudan bidang ini di India menerusi buku yang popular ditulis oleh Bochenski (1956), yang memaparkan sejarah perkembangan logik di Eropah/Barat, Islam dan India.